Anarkhi Politik, Daulat Rakyat, dan Tri Puruso Dalam Budaya Kekuasaan Jawa

Budaya  

Kesenimanan dan kematiannya seperti tidak dapat dipisahkan lalu di situlah juga jenazah W.S. Rendra diabadikan. Di sini jugalah dikebumikan sahabat karibnya, Mbah Surip, iaitu penyanyi reggae Indonesia yang terkenal dengan lagu fenomenalnya “Tak Gendong” yang meninggal dunia seminggu sebelumnya. Ternyata kedua-dua sahabat ini mengekalkan keakraban hingga mati. Jika sebelum kematian Rendra berita kematian Mbah Surip juga mengisi media televisyen Indonesia terus-menerus, kematian Rendra malahan lebih besar pengaruhnya pada media.

W.S. Rendra atau nama sebenarnya Willibrordus Surendra Bhawana Brotoatmojo, lahir pada hari Khamis Kliwon, 7 November 1935, pukul 17:05, di Kampung Jayengan, Solo, Jawa Tengah. Bapanya R. Cyprianus Sugeng Brotoatmodjo dan ibunya bernama Raden Ayu Catharina Ismadillah. W.S. Rendra memang dilahirkan dalam keluarga yang mengakrabi seni. Bapanya seorang dramawan, merangkap guru Bahasa Jawa Kuno dan Bahasa Indonesia di sebuah sekolah Katolik di Solo, sedangkan ibunya penari serimpi yang kerap diundang oleh Keraton Surakarta Hadiningrat.

W.S. Rendra menghabiskan masa kecil hingga TK Marsudirini, Yayasan Kanisius; Sekolah Dasar s.d. SMA Katolik, SMA Pangudi Luhur Santo Yosef, Solo (tamat pada tahun 1955). Selepas lulus SMA, W.S. Rendra berhijrah ke Jakarta bagi menyambung pelajaran di Akademi Luar Negeri, tetapi setelah sampai di Jakarta, sekolah tersebut telah ditutup. W.S. Rendra akhirnya meninggalkan Jakarta, kota impiannya dan menuju ke Yogyakarta untuk menuntut ilmu di Fakultas Sastra Universitas Gadjah Mada (yang kemudian mengurniainya ijazah kehormat, Doktor Honoris Causa, pada 4 Mac 2008).

Scroll untuk membaca

Scroll untuk membaca

Semasa di Universitas Gadjah Mada, bakat seninya semakin tercanai dengan baik namun beliau tidak menyelesaikan pengajiannya. Pada tahun 1964 beliau mendapat undangan untuk mengikuti seminar sastera di Amerika Syarikat. Di Amerika Syarikat, W. S. Rendra mengikuti seminar tentang seni dan kesusasteraan di Universiti Harvard selama dua bulan dan lagi dua bulan mengelilingi Amerika.

Selepas itu beliau mendapat tawaran biasiswa untuk belajar di American Academy of Dramatical Art (AADA) pada tahun 1954-1967. Akademi ini jugalah yang mengeluarkan aktor-aktor besar seperti Cecil B. deMille, Kirk Douglas, dan Grace Kelly. Di sini beliau belajar tentang drama secara profesional, aspek pementasan, dan seni tari yang banyak dimanfaatkan dalam teater sekembalinya ke Indonesia.

Pada umur 24 tahun, W.S. Rendra mengahwini Sunarti Suwandi dan dikurniai lima orang anak, iaitu Teddy Satya Nugraha, Andreas Wahyu Wahyana, Daniel Seta, Samuel Musa, dan Klara Sinta. Perkahwinan keduanya adalah dengan muridnya di Bengkel Teater yang bernama Bendoro Raden Ayu Sitoresmi Prabuningrat, iaitu puteri Keraton Yogyakarta yang juga dikenali sebagai Jeng Sito. Jeng Sito sering berada di rumah W.S. Rendra dan sering melayani anak-anak Rendra-Sunarti. Keakraban itu membuka laluan mudah bagi perkahwinannya apabila Sunarti sendiri melamar Jeng Sito untuk menjadi isteri kedua W.S. Rendra.

Ikuti Ulasan-Ulasan Menarik Lainnya dari Penulis Klik di Sini
Image

Kontak Info

Jl. Warung Buncit Raya No 37 Jakarta Selatan 12510 ext

Phone: 021 780 3747

[email protected] (Marketing)

× Image