Anarkhi Politik, Daulat Rakyat, dan Tri Puruso Dalam Budaya Kekuasaan Jawa

Budaya  

Namun begitu, bapa Sitoresmi keberatan kerana perbezaan agama: Rendra Katolik manakala Sitoresmi Islam. Konflik itu selesai apabila W.S. Rendra mengucapkan dua kalimah syahadah dengan mengambil nama Islamnya, Wahyu Sulaiman Rendra, pada hari pernikahannya dengan Sitoresmi bertarikh 12 Ogos 1970 dan disaksikan oleh sahabatnya, Taufiq Ismail dan Rosidi.

Pengislaman W.S. Rendra menimbulkan komentar sinis daripada masyarakat yang meragui keikhlasan niatnya memeluk Islam. W.S. Rendra segera menjelaskan bahawa beliau sudah tertarik kepada Islam ketika mempersiapkan pementasan teater “Kasidah Barzanji”, beberapa bulan sebelum bernikah dengan Jeng Sito. Menurut W.S. Rendra, Islam telah berhasil menjawab kekeliruan dirinya tentang ketuhanan. Setelah memeluk Islam beliau dapat langsung beribadah kepada Allah tanpa pertolongan orang lain. Menurutnya lagi, Allah lebih dekat dari urat leher seseorang; jadi jika ingin berdoa tidak perlu pada perantara.

Ketika tohmahan dan cercaan orang ramai kepadanya semakin dimarakkan oleh model rumah tangganya yang meletakkan dua isteri di rumah yang sama, W.S. Rendra didatangi tamu dari Australia. Ketika menemani tamunya itu melawat ke Kebun Binatang Gembira Loka, Yogyakarta, W.S. Rendra melihat seekor merak jantan yang diapit dua merak betinanya. Rendra langsung berseru dengan tertawa terbahak-bahak “Itu Rendra! Itu Rendra!” Mulai saat itulah gelaran “Si Burung Merak” melekat pada dirinya dan mengisi judul kumpulan puisi ini.

Scroll untuk membaca

Scroll untuk membaca

Daripada pernikahannya dengan Sitoresmi, Rendra dikurniai empat anak, iaitu Yonas Salya, Sarah Drupadi, Naomi Srikandi, dan Rachel Saraswati. W.S. Rendra kemudian mengahwini Ken Zuraida dan dikurniai dua anak, Isaias Sadewa dan Maryam Supraba. Selepas pernikahan ketiganya ini W.S. Rendra bercerai dengan Sitoresmi pada tahun 1979 dan Sunarti pada tahun 1981 apabila kedua-dua mereka tidak lagi betah hidup bersama sebagai suami isteri. Namun begitu, hubungan antara mereka masih berlangsung dengan baik sebagai rakan dalam teater.

Ikuti Ulasan-Ulasan Menarik Lainnya dari Penulis Klik di Sini
Image

Kontak Info

Jl. Warung Buncit Raya No 37 Jakarta Selatan 12510 ext

Phone: 021 780 3747

[email protected] (Marketing)

× Image