Anarkhi Politik, Daulat Rakyat, dan Tri Puruso Dalam Budaya Kekuasaan Jawa

Budaya  

Dalam kebanyakan puisinya yang membawa suara marhaenisme, ternyata Rendra menggemari bentuk balada dan tidak mementingkan bahasa puitis. Rendra menggemari gaya ini sejak awal perdampingannya dengan puisi, iaitu sejak dekad `50-an lagi. Sebelum memasuki Universitas Gadjah Mada lagi beliau sudah tertarik pada balada rakyat di Amerika, iaitu lagu-lagu negro, blues, spiritual, tetapi di kampus pensyarahnya mengajak beliau mengenali sastera Inggeris terlebih dahulu.

Gaya prosaik yang serasi dengan balada memudahkan beliau menyampaikan mesejnya sama ada dari segi makna mahupun dari segi penyampaian. Singgungan pihak tertentu terhadap gaya prosaiknya, dijawab oleh Rendra dalam sajak “Politisi Itu Adalah”:

Lalu ada politisi berkata kepada saya:

Scroll untuk membaca

Scroll untuk membaca

“Mas Willy, sajakmu seperti prosa.

Tidak mengandung harapan,

Tidak mengandung misteri.

Cubalah mengarang tentang pemandangan alam

Dan misteri embun di atas kelopak melati.”

Sampai di sini

Puisi ini saya sudahi.

Penyair yang menurut Harry Avelling tidak terikat dengan mana-mana angkatanPujangga Baru, Angkatan 45, atau sebarang angkatan ideologikal lainnyaini tidak hanya garang mempertikaikan kebobrokan manusia, bahkan beliau juga menampilkan sisi lembutnya, sensitif dan romantis terhadap masa lalu yang nostalgik seperti dalam puisi “Tak Bisa Kulupakan”, “Kebun Belakang Rumah Tuan Suryo”, “Ciliwung”, “Ciliwung yang Manis”, dan “Kenangan dan Kesepian”. Dalam puisi-puisi awal itu W.S. Rendra memberikan sisi yang berbeza daripada puisi kerasnya yang menyinggung rusuk para penguasa. Tetapi inilah juga yang melengkapkan personanya sebagai seniman yang manusiawi.

Menjelang tahun-tahun akhir hidupnya, W.S. Rendra yang sudah tidak lagi segagah masa mudanya masih kekal dengan perjuangannya menegakkan falsafah Tri Puruso yang merangkumi Hukum Kewajaran. Dari awal sudah teguh memikul falsafah ini di bahu kepengarangannya, beliau seperti menyimpulkannya dalam karya penghujung usianya, “Di Mana kamu, De’Na?” (Radio Female, 29 Disember 2004), apabila beliau menyikapi peristiwa Tsunami di Aceh yang membadai watak De’Na: “Memang ada kedaulatan manusia, De’Na./Tetapi lebih dulu/sudah ada daulat alam./ Dan kini kesedihanku yang dalam/membentur daulat alam... .”

Dalam puisi “Maskumambang” (4 April 2006), keuzurannya menjadikan beliau hanya dapat bergumam tentang kerosakan dalam masyarakat dan politik seperti larik yang berikut: “Namun daulat manusia/dalam kewajaran hidup bersama di dunia,/harus menjaga daulat hukum alam,/daulat hukum masyarakat,/ dan daulat hukum akan sihat.” Semangatnya masih tinggi untuk berjuang tetapi isterinya lantas menegur: “Mas Willy!” isteriku datang menyapaku./Ia melihat pipiku basah oleh air mata./Aku bangkit hendak berkata./”Ssh, diam!” bisik isteriku.,/”Jangan menangis. Tulis sajak./Jangan bicara.”


Di penghujung perjalanan hayatnya, Si Burung Merak atau sering dipanggil sebagai Mas Willy ini menemukan cinta yang abadi daripada sekian banyak cinta dalam hidupnya. Beliau menukilkan kecintaannya yang paling agung dalam puisi “Tuhan, Aku Cinta Pada-Mu” semasa terlantar di rumah sakit Mitra Keluarga, Kelapa Gading, Jakarta pada 31 Julai 20019, iaitu tujuh hari sebelum dijemput Tuhan ke alam abadi. Dalam puisi itu Si Burung Merak yang tiada duanya di dunia sastera ini menghulurkan roh cintanya: “Aku ingin kembali ke jalan alam/Aku ingin meningkatkan pengabdian kepada Allah./Tuhan, aku cinta pada-Mu”.

Ikuti Ulasan-Ulasan Menarik Lainnya dari Penulis Klik di Sini
Image

Kontak Info

Jl. Warung Buncit Raya No 37 Jakarta Selatan 12510 ext

Phone: 021 780 3747

[email protected] (Marketing)

× Image