Anarkhi Politik, Daulat Rakyat, dan Tri Puruso Dalam Budaya Kekuasaan Jawa

Budaya  

Demikian juga kedalaman sentuhannya melalui puisi “Baju”: “Amat sayang mencuci bajuku/kerana telah melekat/air mata kekasihku.” Pendek sahaja puisi ini tetapi mampu memberikan makna yang teguh tentang perasaan cintanya. Dalam puisi “Ayam Jantan” W.S. Rendra terlalu bermain-main dengan perasaan apabila menulis begini: “Kekasihku sangat payah/setelah bersamaku menyusuri kota./ Sekarang tidur nyenyak melepas lelah/ dalam bahagia dan mimpi. /Sebab itu, /wahai ayam jantan, /janganlah berkokok terlalu pagi!”

W.S. Rendra memiliki aset wajah dan tubuh yang menarik sehingga digilai ramai perempuan. Namun begitu, ketampanan bukan satu-satunya daya penarik beliau, bahkan kebolehannya mempersembahkan gerakan yang penuh tenaga di pentaslah yang lebih kuat menarik orang ramai untuk mengerumuninya, lebih-lebih lagi beliau membawa suara rakyat marginal yang tertindas. Kemampuan beliau beraksi di pentas berjaya memecahkan kelaziman apabila dapat meyakinkan penganjur supaya mengenakan bayaran kepada penonton. Dalam persembahannya di Teater Terbuka, Taman Ismail Marzuki, Jakarta, pada tahun 1977 penonton sanggup membayar tiket berharga Rp200,000, Rp300,000, dan Rp500,000, dan ruang penonton penuh terisi.

Sikap dan idealisme W. S. Rendra bukan adunan buat-buatan tetapi beliau sudah terdidik dalam asuhan bapanya yang keras bersikap antifeudalisme walaupun mereka sering bertentangan pendapat. Walaupun datuk sebelah ibunya yang dipanggil Eyang Sosrowinoto mahu W.S. Rendra disekolahkan di sekolah khusus untuk golongan ningrat di Solo atau Yogyakarta, bapa Rendra tidak bersetuju lalu menghantar anaknya ke TK Marsudirini milik Yayasan Kanisius yang berasaskan pendidikan Montessori (Itali) dan Froebel (Jerman).

Scroll untuk membaca

Scroll untuk membaca

W.S. Rendra terdidik dalam pendidikan Barat untuk menganalisis sesuatu idea secara ilmiah, keras dan tuntas, serta berfikiran objektif. Tetapi di rumah beliau menerima asuhan Jawa yang kental daripada ibunya yang terasuh di Keraton Jawa serta Mas Janadi, cucu daripada selir datuknya. Beliau diajari kesedaran pancaindera, kesedaran fikiran, dan kesedaran naluri, warisan daripada Sultan Hamengku Buwono 1.

Gabungan daripada asuhan dan ilmu yang diperoleh di sekolah dengan yang diterima di rumah telah melengkapkan peribadi Rendra. “Rupanya, hal itu pula yang mendorong saya, sebagai seniman, sangat menghargai realismetapi tidak puas dengan sekadar realisme saja. Itu juga memudahkan saya sebagai manusia untuk hilir mudik antara filsafat, mistik, ilmu pengetahuan, dan agama,” katanya.

Ketokohan dan kemasyhuran W.S. Rendra tentu sahaja tidak dapat dipisahkan daripada perjuangan tegasnya terhadap keadilan dan kebenaran, serta penentangannya terhadap kezaliman, korupsi, dan kepura-puraan penguasa. Sikap politiknya jelas, tetapi beliau tidak menyertai politik kepartian. Beliau memperjuangkan idealisme melalui puisi dan drama, malahan menggabungkan drama dengan puisi seperti dalam puisi “Perjalanan Bu Aminah”.


Falsafah W.S. Rendra tegas: Dalam hidup bermasyarakat, setiap manusia tentu berusaha memperluas kemungkinan daripada keinginannya. “Kalau dibiarkan tanpa aturan pasti akan terjadi perbenturan keinginan-keinginan yang sangat dahsyat kacaunya. Satu anarki yang menyeramkan!” katanya. Oleh itu, untuk menjaga daya hidup peribadi dan daya hidup masyarakat, manusia harus membatasi perluasan keinginannya itu dalam batas peraturan yang disebut sebagai “Hukum Kewajaran” (Tri Puruso).

Ikuti Ulasan-Ulasan Menarik Lainnya dari Penulis Klik di Sini
Image

Kontak Info

Jl. Warung Buncit Raya No 37 Jakarta Selatan 12510 ext

Phone: 021 780 3747

[email protected] (Marketing)

× Image