Anarkhi Politik, Daulat Rakyat, dan Tri Puruso Dalam Budaya Kekuasaan Jawa

Budaya  

Rendra dan Puisi

Kumpulan puisi lengkap W.S. Rendra dalam buku ini berjumlah 287 buah, merangkumi semua puisi yang pernah diterbitkan seperti judul yang tersenarai:

1. Balada Orang-orang Tercinta (1957)

Scroll untuk membaca

Scroll untuk membaca

2. Empat Kumpulan Sajak (1961)

3. Blues untuk Bonnie (1971)

4. Sajak-sajak Sepatu Tua (1972)

5. Potret Pembangunan dalam Puisi (1980)

6. Nyanyian Orang Urakan (1985)

7. Disebabkan oleh Angin (1993)

8. Orang-orang Rangkasbitung (1993)

9. Mencari Bapa (1997)

10. Perjalanan Bu Aminah (1997)

11. Doa untuk Anak Cucu (2012)

12. Rendra: Sajak-sajak Cinta (2015)

13. Anuning Ning (Sajak yang tidak pernah dibukukan dan pertama kali dimuatkan dalam akhbar KOMPAS 1975).

Penyusunan puisi dalam buku Balada Si Burung Merak ini dibuat menurut kandungan setiap buku puisinya bagi tujuan memudahkan pembaca mengesan tarikh penciptaannya walaupun banyak puisinya tidak diberi catatan tarikh penulisan atau kredo. Bagi pengkaji sastera, pentarikhan karya sangat penting kerana itu akan memandu mereka memahami aspek kontekstual, apatah lagi W.S. Rendra merupakan penganut Katolik sebelum menerima Islam sebagai agama pegangannya pada tahun 1970.

Oleh hal yang demikian, nuansa Katolik yang terdapat dalam beberapa puisinya perlu difahami dari sudut kontekstual seperti yang terpapar dalam puisi “Ya, Bapa”, “Loceng-loceng Berkelenengan”, “Gereja St. Antonius, Solo”, “Amsal Sebuah Perjalanan ke Golgotha”, “Surat kepada Bonda: Tentang Calon Menantunya”, dan “Balada Penyaliban”. Dengan memahami riwayat hidup W.S. Rendra pembaca yang baru-baru mengenali beliau akan terselamat daripada membuat tafsiran liar.

Dalam puisi awalnya, sesuai dengan gelora anak muda, W.S. Rendra sangat romantis dan mahir menghanyutkan perasaan kekasih melalui puisi cintanya yang dihasilkan dalam tahun 50-an seperti “Surat Cinta”, “Serenada Biru”, “Serenade Hijau”, “Episod”, “Taubat”, dan “Baju”. Terasa betapa dalam intuisi Rendra melihat alam untuk diserasikan dengan kecintaan terhadap kekasih seperti katanya (dalam puisi “Taubat”): “Tuhan/Aku telah bertaubat/Aku merasakan apakah neraka itu./Sebab kelmarin/Pacarku menangis/Di hadapanku.”

Ikuti Ulasan-Ulasan Menarik Lainnya dari Penulis Klik di Sini
Image

Kontak Info

Jl. Warung Buncit Raya No 37 Jakarta Selatan 12510 ext

Phone: 021 780 3747

[email protected] (Marketing)

× Image